APA MAKSUD IMP ( ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE )

Bismillah :).  tahukah anda bahawa ANA EDAR telah mendapat sijil IMP nya sendiri? apa yang anda tahu mengenai IMP? Apa pula maksud IMP itu?



Apa itu IMP

IMP adalah akronim kepada Islamic Manufacturing Practice yang bermaksud Amalan Pengilangan Islam. Diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama Islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.

Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim. Mereka yang memahami dan terikat dengan Hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya. Ini adalah kerana Nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam. Penghasilan produk daripada Muslim yang membaca Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai disamping zat-zat lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri.

Kesucian Jasmani pula merangkumi proses pembuatan yang mengikut syarak. Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci dari sumber-sumber yang haram, memelihara perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur-unsur yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik-muzik yang menghayalkan.

Asas persijilan IMP

IMP merupakan piawaian yang pertama di dunia yang menggabungkan nilai-nilai syariah dan tassauf dalam proses pengilangan. Di gabungkan dengan piawaian GMP, penarafan ini memenuhi piawaian dunia serta selamat digunakan oleh mereka yang beragama Islam atau sebaliknya.

Kebaikan IMP kepada Pengguna Muslim

Piawaian pengilangan secara islam ini diwujudkan agar pengguna-pengguna Islam dapat mengenali produk-produk yang diusahakan oleh pengusaha muslim 100% yang memahami hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.
Orang-orang bukan islam pastinya tidak mahir dan mengetahui halal dan haram serta tidak terikat dengan dosa dan pahala. Justeru itu tidak layak bagi mereka mengusahakan makanan untuk dimakan oleh orang Islam. Dengan menggunakan produk yang berstatus IMP ini, diharapkan dapat melahirkan generasi Muslim yang sejati.

IMP untuk siapa

IMP hanya boleh dilaksanakan oleh perusahaan yang dimiliki oleh mereka yang beragama Islam. Perusahaan mereka juga di wajibkan hanya menggunakan khidmat pekerja yang beragama Islam sahaja. Gologan ushawan yang beragama Islam adalah diseru agar memartabatkan Islam dalam perniagaan mereka dengan mengguna IMP sebagai asas perusahaan mereka. Ini bukan sahaja bermanafaat kepada perniagaan malah memanjangkan Barakah itu kepada pengguna-pengguna yang beragama Islam seterusnya dengan izin Allah melahirkan generasi islam yang terbaik di akhir zaman ini.

Terbahagi kepada 2 golongan sasaran, Usahawan Islam yang telah memiliki perusahaan dan bakal memiliki perusahaan boleh mendapatkan persijilan ini. Dengan mendaftar di Pusat IMP Community, usahawan akan diberi maklumat penuh mengenai persijilan ini melalui kakitangan IMP Community.

KAMI MERUPAKAN PENJUAL BARANGAN PRODUK ANA EDAR SECARA OFFLINE DAN ONLINE. ANDA BOLEH MENDAPATKAN PRODUK INI SECARA WALK IN KE


417, BLOK 15 FELDA SEMENCHU, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR

013- 789 4184 ( EN APIZ )
013 - 745 6988 ( PUAN DAYAH )
 
atau di

TAMAN PASAK INDAH, KOTA TINGGI, JOHOR
010 300 4667 ( EN ZAMRI )
010 300 7299 ( PUAN CT)

jika anda berada jauh dari kami, kami akan poskan barang yang anda pilih melalui pos laju atau kurier service :)